Pendekatan Naqib dan Usrah yang Berkesan

31 01 2010

PENDEKATAN USRAH DAN NAQIB :
DALAM MENGHADAPI MAD’U TERKINI
(Merawat fenomena kelesuan usrah dan ketandusan anak usrah)

Ruh Ibadah
Islam adalah agama “misi dan dakwah”.
Peranan sosial dan dakwah.
Mampu menyentuh seluruh lapisan masyarakat untuk mengubah dan mencelupnya dengan warna Islam; secara teori dan praktis.

Kapasiti Daie
Kemampuan ilmu, kecekapan dan keteladanan.
Mampu memahami rahsia jiwa seseorang, mampu menghiasi diri dengan watak sabar dan lapang dada.
Memiliki firasat yang tajam dan hujah yang kuat.
Memiliki kemampuan “indra ketuhanan”; menarik simpati hati, menyatukan jiwa dan berinteraksi dengan gerakan dakwah.

Perbaiki dirimu !
Wujudnya peribadi yang benar-benar mukmin akan membuka banyak peluang untuk berjaya.
Pengorbanan para daie ; harta, tenaga dan waktu.
Perhatian kepada ; memberi uswah hasanah, menampilkan gambaran nyata tentang islam, pemahaman yang universal dan toleransi dalam masalah khilaf dan furu’ dengan metod tadarruj.

Tugas Daie
Tugas pegawai elektrik; mengalirkan kekuatan dari sumbernya ke setiap hati agar sentiasa bersinar dan menerangi sekeliling.
Tatkala ingin memikat hati mad’u ; anda adalah daie ; bukan ulama’ atau fuqaha’ jauh sekali bukan qadi.
Tatkala berdakwah ; anda sedang memberi hadiah dan pertimbangan anda ; hadiah apa yang paling pantas diberi dan bagaimana cara memberi ?

Rintangan Dakwah
Permasalahan yang muncul dari dalam dirinya ; orang yang tidak memiliki sesuatu tidak mampu memberi sesuatu!
Seseorang yang tidak memiliki kunci, maka sulit untuknya masuk. Manusia yang hatinya terkunci; bagaikan pintu grill besar dan kuat yang hanya dapat dibuka dengan kunci yang kecil.

Persoalannya : Kembali kepada kemampuan daie !
Potensi daie secara ruhiah, kecekapan membuat program (tidak formal), serta kesabaran dan ketahanan dalam mewujudkannya.
Selayaknya seorang daie membuat program dan langkah-langkah dalam menyentuh hati dan mengambil simpati mad’u.

Daie perlu memberi perhatian kepada…….
Celah-celah kebaikan yang ada pada mad’u kemudian memupuknya…. sehingga celah-celah keburukan yang ada padanya tersingkir dan ia mampu bangkit berdiri melangkah ke jalan Islam.

Daie yang paling sukses: Pendidik
Menghayati hati dan pola pemikiran pelajar, lalu membimbing mereka sedikit demi sedikit, sehingga tujuan yang hendak dicapai terlaksana.

SIKAP DAIE DAN MAD’U
GURU/PENDIDIK – PELAJAR
“ Untuk mencapai kejayaan dalam usaha mentarbiah, mendidik dan mengajar mereka; tidak bermuamalah dengan mereka sebagai musuh dan hubungan pun bukan permusuhan. Jika terjadi permusuhan, kita tidak dapat menguasai mereka” Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

Daie yang paling sukses: Doktor
Menghapus penderitaan dengan kata-kata yang penuh keimanan dan memberi ubat yang sesuai.

SIKAP DAIE DAN MAD’U
DOKTOR – PESAKIT
“ Setiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila ubat mengenai pesakit (sekun-rasi), ia akan sembuh dengan izin Allah” Riwayat Muslim

QUDWAH HASANAH
“Untuk dapat mempengaruhi orang ramai, menarik mereka ke dalam jemaah dan menguasai mereka, daie mestilah menjadi contoh teladan kepada orang ramai. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan dari bahasa lidah” Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

Perilaku dan keteladanan daie yang ikhlas akan mempunyai pengaruh yang besar daripada tulisan dan ceramah. Ibarat “remote control” yang dapat memindahkan siaran TV tanpa kabel; daie yang ikhlas dan penuh kasih sayang ; tidak akan ada kesulitan memasukkan apa yang ada dalam hatinya dalam hati orang lain.

LEMAH LEMBUT DAN BELAS KASIHAN
“Penguasaan terhadap manusia memerlukan daie itu bersifat lemah-lembut dan belas kasihan. Kerana manusia itu benci kepada kekerasan dan mereka yang bersikap kasar”
Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

“Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekelilingmu, kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun buat mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu”
Al-Imran ; 159

“EYE CONTACT”
Jika tatapan mata yang dipenuhi oleh rasa iri hati dan dengki itu dapat memberi mudarat, mata tatapan mata yang dipenuhi rasa iman dan kasih sayang akan menimbulkan cinta dan keimanan.

PANDANGAN KASIH SAYANG
“Sesiapa yang memandang saudaranya dengan pandangan kasih sayang, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya” al-hadis
Pandangan sekilas yang penuh dengan keteduhan dan kasih sayang yang ditujukan pada hati dan mengajak berbicara dengan lembut. Ibarat kamera hanya dengan satu kilatan dapat menangkap gambar yang indah.
Mata adalah sarana terpenting bagi seorang daie dan merupakan wasilah yang kesannya sangat besar bagi mad’u. Kerana ketika seorang daie memandang saudaranya sesama muslim dengan penuh kasih sayang, seakan ia telah memberikan hartanya yang paling berharga.
Jika pandangan seorang yang penuh kedengkian akan menghancurkan, maka pandangan yang penuh cinta dan kasih sayang juga dapat berpengaruh dalam menghantar kepada kebenaran dan mempereratkan barisan dan memperkuatkan bangunan. Ini merupakan kekuatan terpendam yang dimiliki oleh manusia.
Apa yang anda sembunyikan dalam hati akan tersingkap dengan tatapan mata. Seorang muslim adalah cermin bagi saudaranya.
Kaedah kita memberi nasihat ialah “Hendaklah nasihatmu terhadap saudaramu dengan kiasan/berlapik, bukan terang-terangan, dan untuk membimbing kepada kebenaran bukan untuk menyakiti”.
KISAH KAAB BIN MALEK RA
“Kaum muslimin memulaukan kami selama 50 hari hingga bumi ini terasa sempit dan rasanya tiada tempat untuk kembali kecuali Allah. Sayalah yang paling tegar antara tiga orang tersebut. Saya masih tetap ikut solat berjemaah di masjid dan masih tetap ke pasar walau tidak seorang pun mengajak saya berbicara. Saya datang kepada Rasulullah yang sedang duduk di masjid selesai solat. Saya mengucapkan salam. Lalu saya duduk di sebelahnya sambil sesekali melirik kepada baginda. Tatkala saya menatapnya, baginda memalingkan muka.”
Walaupun hukuman dan tindakan itu dari Allah. Tapi jika kita kehilangan pandangan yang penuh kasih sayang, maka kita kehilangan rahmat kehidupan.

“PANCAINDRA”
Pancaindra merupakan bahagian “vital” daripada tubuh manusia dan jasad merupakan tempat tinggal bagi indra tersebut. Dengan kehilangan indra, manusia “tidak hidup dan tidak mati”; tidak berupaya memberi pengaruh kepada orang lain kerana alat penerima dan pengirim tidak berfungsi. Tanpa menggunakan indra,daie hidup di dunia tidak nyata.

“HATI”
Daie ibarat “qalbu”(hati), maka sesiapa yang tidak memfungsikan hatinya, mereka tidak mendapat sambutan daripada masyarakat.
Hati yang beriman adalah sumber penggerak.
Bahasa “hati”- perasaan dan kasih sayang merupakan “bahasa” internasional yang dipergunakan oleh daie dalam menghadapi mad’u hatta kepada orang bisu sekalipun.
“Bahasa” ini ibarat mata wang yang boleh diguna pakai di setiap tempat dan keadaan.
Dengan bahasa inilah, generasi pertama umat ini menakluk dunia. Mereka adalah “lentera” kehidupan.
Daie yang tidak mengingat, merasakan dan terpengaruh oleh kebaikan dan keburukan, dia tidak mempunyai hati.

KARAKTER MANUSIA
1. Berperilaku dengan akhlak Islamiyyah. – urutan pertama.
2. Berperilaku dengan akhlak asasiyyah. – urutan kedua.
3. Berperilaku dengan akhlak jahiliah. – urutan terakhir dalam dakwah fardhiah.
# Bukan bererti seorang daie harus tetap berpegang dan terikat dengan urutan ini.

DAKWAH FARDIYYAH
Menemui beberapa pemuda yang terbayang ketaatan di wajahnya; daie perlu cermat kerana biasanya pemuda begini mempunyai seseorang yang dihormati dan disegani;mendekati salah seorang daripadanya; bergaul, sabar, lemah lembut dan penuh kasih sayang tanpa menyinggung permasalahan yang menyebabkan hubungan terganggu. Jangan tumpu kepada seorang kerana dia merasa diajak secara berlebihan dan menimbul prasangka buruk dan boleh lari daripada ajakan kita.

MENGHAFAL NAMA
Sangat penting kerana akan terjadi interaksi dan lahir sifat percaya sesama individu.
Langkah awal dan “benang” pertama yang mengikat antara hati individu yang berserakan.
Setiap orang tentu berasa senang jika dipanggil dengan namanya, apalagi dengan nama yang paling disukai.

“Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke rumah temannya, lalu dihidangkan kepadanya makanan, dia tidak mahu memakannya; dan seorang lelaki yang bersama-sama dengan lelaki dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya” HR Ad-Dailami

MEMULAKAN PERKENALAN
Pelbagai teknik :
Dialog….
Membawa al-quran dan bahan bacaan.
Makanan ringan.
Cara-cara Islami
…… dan lain-lain seni memulakan perkenalan

DAKWAH FARDHIYYAH ;iktibar daripada Peristiwa Taif
1. Adas menjemput makan. Memulakan makan dengan membaca : satu proklamasi aqidah Islamiyyah dan karakter muslim.
2. Adas “ Ucapan ini bukanlah ucapan penduduk negeri ini”. Nabi saw “Wahai Adas, engkau berasal dari mana dan apa agamamu?” – menyebut nama : erti yang amat besar dan mengakrabkan, tanya negeri dan agama – rangkaian pembicaraan yang berurutan rapi.
3. Adas “Saya beragama Nasrani dari negeri Ninawai.” Nabi saw. “Apakah dari negeri Yunus bin Matta, hamba Allah yang saleh itu?”. – hati Adas tersentuh kerana mendengar hamba Allah yang saleh itu.
4. Adas “Apa yang anda ketahui tentang Yunus bin Matta?.” Nabi saw “Dia adalah saudaraku. Dia seorang nabi dan aku juga seorang nabi”.
Kalimah “saudaraku” – membuatkan Adas semakin tertarik dan percaya. Menambah keakraban dan rasa percaya. Menyebut nama Yunus as lebih dahulu sebelum menyembut nama baginda ialah tanda sifat tawadhu’ (merendah diri) yang amat diperlukan oleh dakwah dalam menyentuh hati mad’u.

TAWADDHU’ DAN RENDAH DIRI
“Antara sifat yang terpenting dan paling menonjol yang dapat membuatkan seorang pendakwah itu dikasihi di kalangan masyarakat dan persekitarannya, menjadikannya berpengaruh dan dapat memimpin mereka ialah sifat tawaddhu’ dan rendah diri”
Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

“Sifat takabbur membentuk tabir dan penghalang antara pendakwah dengan orang ramai, malah menjadikan pendakwah asing daripada masyarakatnya, tidak mesra dengan orang sekeliling. Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

Apakah ini sifat sombong? Rasulullah saw menjawab, “Tidak, sesungguhnya yang dimaksudkan dengan sifat sombong adalah menolak kebenaran atau meremehkan orang lain.” (HR Abu Daud)
MANIS MUKA DAN MANIS TUTUR KATA
Antara sifat yang boleh membukakan hati orang ramai kepada pendakwah dan menjadikannya dapat diterima dan dimesrai ialah sifat manis muka dan manis tutur kata”
Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

BARAKAH SENYUMAN
Seorang teman berkata dia tidak berkemampuan untuk berdakwah, kerana dia bukan faqeh dan tahu metod dakwah. Adapun banyak hadis dibaca berkaitan dakwah telah dibacanya merupakan sebuah barakah. Dia tidak tahu bahawa barakah harus berbuah, dan buah daripada barakah adalah produktiviti dakwah.
“Senyum pada wajah saudaramu adalah sedekah”
Senyum melahirkan masyarakat muslim berwajah cerah dan mencintai. Inilah barakah daripada sebuah senyuman yang tulus.
Allah swt pernah menegur Rasulullah sa tatkala baginda bermuka masam saat ditemui oleh Ibnu Maktum ra. Allah berfirman “ Dia (Muhammad) bermasam muka dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya(dari dosa)” ‘Abasa:1-3
Setiap yang datang daripada Rasulullah adalah metode dakwah dan manhaj tarbiyyah.
Wajah merupakan gambaran hakiki seorang manusia.
Gambaran isi hati yang menggerakkan perasaan dan terpancar pada wajah seperti kilatan cahaya “flash”, seakan terpanggil berbicara, sehingga hati yang mendengar akan terpikat.
Senyuman yang dibuat-buat adalah kreativiti seni, tidak ubah seperti bunga plastik.
Sedangkan senyuman yang ikhlas adalah fitrah; ibarat bunga yang kekal di tangkainya. Indah dipandang mata, dan harum baunya, menjadikan jiwa terlena dan bersimpati.
“Kamu tidak akan dapat membahagiakan orang lain dengan hartamu, tetapi yang dapat membahagiakan mereka adalah wajah yang ceria dan akhlak yang mulia” hadis Nabi saw.
Dengan kekuatan iman, kehalusan perasaan dan kekuatan ruhiah; Islam mengubah banyak manusia dengan sebuah perubahan yang tidak dapat dilakukan oleh kekuatan material.
Seorang daie hendaklah merasakan nikmat iman yang tulus ikhlas, sehingga dapat menembus hati yang sekeras apa pun, dan dapat menumbuhkan pepohon meski di tengah padang pasir yang gersang. Ia dapat mencetak khairu ummah; hasil daripada senyuman yang tulus, pandangan yang teduh, pergaulan yang simpatik, dan ucapan yang berkesan.

PEMURAH DAN MENAFKAHKAN HARTA KEPADA ORANG RAMAI
“hadiah yang diberikan oleh seseorang kepada saudaranya merupakan utusan kebajikan dan tanda kasih, sbg wasilah untuk lebih rapat dan punca kemesraan, ia dapat mendekatkan yang jauh, menghubungkan yang terputus dan membuka jalan dakwah untuk terus masuk ke dalam jiwa”Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

“antara syarat paling menonjol yang mesti ada bagi kejayaan dakwah yang membolehkannya menarik dan menguasai orang ramai ialah sifat pemurah dan keriangannya membelanjakan harta untuk orang ramai” Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

AKTIVITI WAJIB DAIE : PROGRAM ANJURAN NABI SAW
ENAM HAK MUSLIM
Hak orang Islam terhadap orang Islam lainnya ada enam:
Apabila engkau berjumpa dengannya, berilah salam kepadanya.
Apabila ia mengundangmu, penuhilah undangan itu.
Apabila ia meminta nasihat padamu, nasihatlah dia.
Apabila ia bersin lalu memuji Allah (membaca Alhamdulillah, maka doakanlah ia olehmu (yarhamukillah = semoga Allah memberi rahmat kepadamu)
Apabila ia sakit, ziarahilah dia, dan
Apabila ia meninggal dunia, maka iringkanlah dia.

JIKA BERTEMU BERILAH SALAM
Mengucap salam langkah pertama.
Lebih mantap jika diikuti dengan berjabat tangan.
Ucapan salam mesti disertai dengan perasaan cinta, senang, wajah yang berseri agar fungsinya akan tewujud.
Saling memperkenalkan diri, nama, pekerjaan, tempat tinggal.
Tapak dalam tahap awal berdakwah.

JIKA TIDAK KELIHATAN , MAKA CARILAH DIA
Watak sebuah perkenalan adalah jika seseorang yang anda kenal itu tidak anda lihat dalam waktu tertentu, maka anda harus bertanya khabar tentang keadaannya, atau menghubunginya, baik lewat telefon/sistem pesanan ringkas (sms) ataupun surat.

JIKA SAKIT JENGUKLAH DIA
Sunnatullah akan berlaku pada setiap orang; gembira, sakit, sedih dan setiap keadaan dan situasi perlu disikapi dengan sikap Islami. Jika anda mendengar bahawa teman anda sakit, anda harus segera menjenguknya, memberi ketenangan dan mendoakan kesembuhannya. Dan sangat baik untuk membawa hadiah yang sesuai.

JIKA DIA MENGUNDANGMU MAKA PENUHILAH
Selepas melewati tahap di atas, hubungan semakin erat. Sahabat anda akan menghadapi keadaan penting seperti naik pangkat, pernikahan, mendapat cahaya mata, lalu dia mengundangmu. Anda harus memenuhi undangannya kerana ia merupakan kesempatan berharga yang tersedia tanpa anda harus rencanakan sebelumnya, serta sebaliknya.

JIKA DIA BERSIN DAN UCAP ALHAMDULILLAH , JAWABLAH YARHAMUKALLAH
Duduk bersebelahan dengan orang belum dikenal di suatu tempat, baik perjalanan, pesta, mahupun tatkala menjenguk orang sakit, lalu orang yang duduk bersin maka hendaklah anda menoleh kepadanya dengan wajah berseri dan berdoa. Tentu hal ini akan menjadikan dirinya istimewa dan sesuatu yang baru dan setelah itu anda dapat bercakap-cakap dengannya.

JIKA DIA MENINGGAL DUNIA MAKA HANTARKAN KE TEMPAT PEMAKAMANNYA
Apa yang dapat ia lakukan setelah meninggalkan dunia dan dikubur?
Pada hakikatnya, menghantar orang lain ke tempat pemakaman adalah menghantar dirinya sendiri, yang ia akan dapat mengambil nasihat, pelajaran dan merenungnya.
Ini sebuah Rasulullah saw, yang menggambarkan persatuan dan kesatuan kaum muslimin.
Jika sebelumnya anda dapat mengenal peribadi yang meninggal dunia, maka sekarang anda menggunakan kesempatan untuk berkenalan dengan keluarganya dan orang-orang yang bertakziah ke rumahnya. Membuka peluang berkenalan dengan ramai orang hasil satu kematian.

Melakukan Segala Kebaikan
“Berbuat baiklah kerana Allah, nescaya kebaikan itu kembali kepadamu di dunia mahupun akhirat”
“Jika kamu letih kerana melakukan kebaikan, keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal”
Bertasbih, bertakbir, dan bertahlil.
Kekuatan yang dapat membantu daie bersabar dan istiqamah.
Ia merupakan motor yang tiada hentinya bergerak membersihkan jiwa dan hati daripada pelbagai kekotoran.
Menyingkirkan duri di jalan.
Menolong orang yang buta dan tuli.
Menunjukkan orang yang kebingungan.
Menolong orang yang lemah.

PENAMPILAN SEORANG DAIE
Cara bertutur dan personaliti; pendakwah ialah pegawai pemasaran hasil produksi yang semestinya penampilan menarik dan kualiti produk(produk kita terbaik : Islam daripada Allah)
Dakwah adalah menawarkan sebuah risalah dan pola berfikir yang tercermin dalam akhlak, keperibadian dan penampilan.
Imam Hasan al Banna pernah ditanya: kenapa anda tidak menyusun buku?. Jawabnya: “Tugas saya bukanlah menyusun buku, kerana buku biasanya akan diletakkan di perpustakaan dan sedikit sekali yang mahu membacanya. Lain halnya mencetak peribadi muslim, dia adalah ‘buku yang sentiasa terbuka’ ke mana pun dia berjalan,itu adalah dakwah”.
Daie merupakan utusan kepada jemaah, hendaklah dia senantiasa berpenampilan baik dan mulia.
“Keberhasilan sebuah misi akan bergantung pada si pembawa misi tersebut”
Kisah Mus’ab bin Umair ….. Dalam kisah beliau dengan Usaid bin Huhair
“Demi Allah, kami sudah melihat pancaran cahaya Islam, sebelum dia berkata dengan wajah yang ceria”

MELAFAZKAN CINTA KASIH
Dari Anas ra. Bahawa ada seorang lelaki berada dekat Rasulullah saw lalu ada lelaki lain berkata “Ya Rasul, sungguh saya mencintai orang itu”. Rasulullah bertanya “Adakah kamu sudah memberitahunya”. Jawabnya “Belum”. Nabi bersabda “Beritahukan kepadanya.” Lelaki itu mendekatinya dan berkata “Sungguh aku mencintaimu kerana Allah swt”. Lelaki itu menjawab “ Mudah-mudahan Allah yang kerana-Nya engkau mencintai aku mencintaimu.

Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia mencintai Usamah bin Zaid (HR Bukhari)
Taujihat Nabawiyah: Islam tidak menutup pintu kasih sayang dan cinta, tetapi membersihkannya daripada tradisi jahiliah menjadi taman yang indah “cinta kerana Allah”. Kata-kata ini menghiasi hari-hari kami dalam lisan dan tulisan.

DOA DAN SABAR
Rasulullah pernah berdoa “Ya Allah, muliakanlah Islam dengan satu antara dua orang yang Engkau sukai: Umar bin Khattab atau Amru bin Hisyam”.
Tidak mudah bagi seseorang melangkah kepada orang lain tanpa adanya suatu alasan. Oleh sebab itu, harus direncanakan dengan matang dan melalui perantara yang lebih dekat dari segi tsaqafah dan umurnya.
Dakwah adalah seni, bersabar dalam berdakwah adalah jihad
“Hidayah dan petunjuk Allah tidak akan meresap ke dalam jiwa manusia sekaligus, malah ia memerlukan masa, pengawasan dan tenaga yang dikorbankan sehingga usaha-usaha itu mendatangkan hasil dengan izin Allah………..memerlukan kesabaran”Ustaz Fathi Yakan, Konsep penguasaan

NERACA USRAH YANG BERJAYA.
Sejauhmana dapat meningkat kefahaman dan kesedaran Islam.
Sejauhmana dapat meningkatkan kerjasama-ta’awun تعاونdalam menghayati Islam.
Sejauhmana dapat menumbuhkan “masuliyyah fardiyyah” – مسؤولية فردية

Yang salah itu bahasa
Yang benar itu erti
Yang susah itu kerja
Yang senang itu bakti
“ Jadikan usrah sebagai medan untuk berbakti kepada agama tercinta”


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: