STRATEGI DAKWAH DI SEKOLAH

31 01 2010
//

Berikut adalah kertas kerja / nota ceramah bertajuk “Strategi Dakwah Di Sekolah” yang dibentang di beberapa buah sekolah di negeri Serambi Mekah.

STRATEGI DAKWAH DI SEKOLAH

Pengenalan Dakwah
Bahasa: dari perkataan Arab meminta tolong, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru, melaung.

Istilah: Usaha yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan dengan pendekatan tertentu untuk membawa manusia kepada keredhaan Allah – (al-Nahl ayat 125)
Menyeru manusia ke jalan Allah (agama Islam).
Amar makruf nahi mungkar.
Inzar (memberi peringatan).
Berpesan-pesan kepada perkara kebenaran.

Pendakwah pertama ialah rasul kita; nabi Muhammad s.aw.
Dakwah ialah tugas para rasul.
Umat Islam berkongsi dan penerus risalah dakwah Rasulullah.

Dakwah tanggungjawab siapa ?
Setiap muslim lelaki dan perempuan yang baligh dan berakal.
“ tanda keimanan seseorang ialah mengajak manusia kepada Allah dan membelakangkan tugas dakwah menjadi tanda kelemahan dan kecacatan iman”

Hukumnya wajib ;
pelaksanaan dakwah
atas dasar tanggungjawab individu muslim
atas dasar sebagai sebahagian daripada jemaah
“ penggabungan dalam satu jemaah adalah satu tuntutan dan perlu kerana matlamat dakwah yang besar tidak mampu melalui usaha individu @ usaha yang tidak tersusun oleh usaha individu”

Dakwah mengikut kemampuan
Dakwah pada setiap masa dan tempat.

Persediaan Pendakwah

Berilmu
bertindak berdasarkan ilmu dan tahu tujuan dakwah
mengetahui sejauhmana setiap perkataan dan perbuatannya bertepatan dengan syarak.
Pendakwah perlu senantiasa menambah pengetahuan/ilmu.
Kefahaman
memahami matlamat hidup dan kedudukannya.
Menjauhkan diri daripada kebergantungan kepada kehidupan dunia dan mengharapkan akhirat.
Kemantapan iman
Bertawakkal kepada Allah

Akhlak Pendakwah
Akhlak Islam
Jujur “ melakukan sesuatu perkara dengan sempurna sepenuh tenaga sebaiknya samada dalam niat, percakapan dan perbuatan”
Sabar “bahasa – tahan; dari segi syarak terbahagi kepada tiga iaitu sabar atas taat, sabar daripada maksiat dan sabar dengan musibah/bala”
Pengasih
Merendah diri “Fudhail Iyad – merendah diri bermaksud tunduk dan akur kepada kebenaran. Walaupun engkau mendengar kebenaran daripada manusia yang paling jahil engkau akan menerimanya.”
Bergaul dan beruzlah
“ pendakwah perlu dan wajib bergaul; had yang diwajibkan”
“ “Ibnu Taimiyyah; seorang hamba perlu suatu masa untuk bersendirian untuk berdoa dan berzikir, bersembahyang, bertafakur,menilai diri dan membaik pulih hatinya”; cara?

Uslub/Strategi Dakwah Di Sekolah
(Dakwah di sekolah merujuk kepada tarbiyyah)
Baginda memulakan dakwah dengan pembinaan iman dan taqwa – aqidah,
Dakwah yang berteraskan kepada tarbiyyah telah berjaya melahirkan as-sofwatul mukhtarah
Sendi kejayaan dakwah baginda disebabkan penyusunan dan perancangan yang rapi bersama para sahabat – dakwah berasaskan ‘bil hikmah wal mau’izah hasanah ’

Melahirkan daie yang terbilang/sofwatul al-mukhtarah
ilmu, iman, fikrah dan akhlak
kepimpinan dan akademik
ketrampilan dan kewibawaan
mengikut tarbiyyah
Menjalankan usaha dakwah fardiyyah
kebajikan dan keprihatinan
target group/individu
ukhuwwah dan ziarah
program non-formal berjalan
Membina hubungan inter-personel dengan guru/individu tertentu
Menguasai platform-platform startegik/persatuan terpilih
Badan Dakwah dan Tarbiyyah; program tarbiyyah
Pemimpin Pelajar/Pengawas; kepimpinan dan perhimpunan
Kepimpinan Asrama; kepimpinan dan program
menyusun dan menjalankan program tarbiyyah (munazzamah); usrah, tamrin, rehlah dan mukhayyam, riadah, kuliah ilmu. (srtategi dan pendekatan?), tafsir
menyusun program umum ; perhimpunan, tazkirah dll.
Penutup
Jika bukan kita siapa lagi yang akan menggerakkan tarbiyyah di sekolah?
Jika tidak sekarang bila lagi tarbiyyah dan dakwah di sekolah akan berjalan? Allah tidak akan mempersoalkan kejayaan atau kegagalan kita tetapi akan mempersoalkan usaha dan peranan yang kita lakukan untuk memenuhi tanggungjawab kita sebagai daei.





NAQIB YANG MASYA-ALLAH

31 01 2010

TARBIYAH ISLAMIYAH
Satu proses pendidikan dan pembentukan seseorang itu pada keseluruhannya agar mencapai matlamat yang dituju; bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu

USRAH
Usrah sebagai perisai pelindung bagi anak usrah daripada pengaruh luar yang jelek. Masing-masing terikat hubungan persaudaraan yang mendalam seperti keluarga. Usrah merupakan kumpulan individu yang mempunyai kepentingan yang sama untuk meningkatkan iman dan amal soleh.

NUQABA’
Naqib/ah ialah ketua yang dilantik untuk menjadi “muwajjih” (perintis/pelopor @ pendorong/taujihat) kepada kumpulan usrah yang memandu ahli-ahli usrah dari segi fikrah Islam pada tahap-tahap tertentu.

USRAH / HALAQAH
Merupakan sarana utama tarbiyah iman, tsaqafi dan fikrah dalam kelompok yang dinamik dengan jumlah maksimum 12 orang

FUNGSI DAN OBJEKTIF
a. Membina dasar-dasar akidah, akhlak, ibadah dan tsaqafah.
b. Melatih dan membudayakan ukhuwwah dan amal jamaie
c. Melahirkan peribadi yang berketrampilan, berwibawa dan berpotensi untuk agama.

MENGETAHUI, MEMAHAMI DAN MENGHAYATI RUKUN USRAH DENGAN SEBENARNYA.
a. Ta’aruf (Saling berkenalan)
b. Tafahum (Saling memahami)
c. Takaful (Saling membantu)

PERTEMUAN USRAH
a. Dilaksanakan sekali seminggu / dua minggu.
b. Lama pertemuan antara lebih kurang 1 jam 30 minit – 2 jam.
c. Waktu pertemuan boleh diadakan siang atau malam.

KEGIATAN / AKTIVITI / PROGRAM USRAH (KOUSRAH)

Berjalan berterusan sepanjang masa : bermula dalam pertemuan pertama dan seterusnya. Tidak terhenti dalam pertemuan usrah sahaja.
Usrah diperkukuhkan dengan ziarah, melancong, perkhemahan, dll

Kriteria / Ciri-ciri Naqib
a. Roh Naqib : minat dan kecintaan yang mendalam ; menerbitkan keinginan dan dorongan untuk menjalankan amanah dengan jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab; dapat menjiwai dan menggalas tugas yang berat dan mencabar ini.
b. Mempunyai ilmu pengetahuan yang boleh menyakinkan anak buah.
c. Mempunyai akhlak yang mulia yang boleh dijadikan contoh kepada anak buah.
d. Suka berkenalan.
e. Prihatin / cakna masalah anak buah.
f. Mengetahui dengan tepat fikrah Islam yang dibawa dan perkembangan semasa.
g. Mempunyai sifat sabar, ‘ithar’, ‘tasamuh’, pemurah, menjaga waktu dan wara’(menjauhkan perkara yang meragukan).
h. Memahami tahap-tahap tarbiyah : taarif, takwin dan tanfiz.
i. Patuh kepada kepimpinan, istiqamah, iltizam dengan syura.
j. Tegas, kuat cita-cita dan beramal, “al-tarbiyatul qudwah”
k. BIJAKSANA -ilmu, al-quran, sirah, ibadat sunat (qiamullail*), doa, pembacaan, pengalaman, dll, menyediakan akal yang bijak untuk memberi nasihat dan diterima oleh ahli.
l. KREATIF – Pelbagaikan teknik dan perjalanan usrah
m. MENJAGA MASA – Masa naqib dan masa ahli usrah.
n. BERJIWA BESAR – Mempunyai sekeping hati yang besar yang dapat menampung seluruh cita-cita dan derita anggota usrah.
o. MEMAHAMI TEMPAT – Tempat yang sesuai dan kondusif, menjaga dan memperhatikan kelayakan tempat, boleh dilaksanakan di bilik, kelas, masjid, padang, kantin, dan tempat yang difikirkan sesuai.

Ilmu Psikologi
a. …mengetahui cara mendekati jiwa manusia.
b. …mengetahui tabiat dan selok belok jiwa manusia… mudah menyelaminya.
c. …mengetahui had kekuatan dan kemampuan jiwa, agar tidak membebankan dan melampaui batas.
d. …mengetahui segala keperluan dan keinginan jiwa manusia,agar dapat memenuhi keseluruhan keinginan mereka.
e. …mengetahui potensi sebenar jiwa manusia, agar potensi ini akan digembleng untuk bekerja dan membangun.

ADAB USRAH / HALAQAH
a. Hadir
b. Menjaga waktu/tepati masa
c. Bertanggung jawab terhadap keberjayaan usrah
d. Mempersiapkan diri secara ruhi, fikri, jasadi

Anugerah Allah swt
Walaupun manhaj Ilahi ini hanya dapat dicapai melalui usaha manusia, dengan mengambil kira keupayaan diri dan realiti hidup manusia; namun bukan bermakna manusia bebas sebebasnya dan terpisah daripada kuasa dan perancangan Allah.
Manusia perlu mendapat sokongan, bantuan, tunjuk ajar Allah.
Hubung kait antara usaha manusia dengan bantuan dan sokongan yang dianugerahkan oleh Allah.
Hanya melalui usaha mujahadah inilah akan memperoleh limpahan kurnia, hidayah, kebaikan dan kejayaan.
Kehendak Allah menjadi penentu di penghujungnya, perlu kepada bantuan dan keredhaanNya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik
bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik
bagimu daripada unta merah (sebaik-baik kenderaan- pent).”





ASAS KEKUATAN USRAH

31 01 2010

Berikut adalah nota ceramah tentang “Asas Kekuatan Usrah” kepada pelajar di peringkat sekolah.

ASAS KEKUATAN USRAH

MEMAHAMI KONSEP TARBIYAH ISLAMIYYAH

Satu proses pendidikan dan pembentukan seseorang itu pada keseluruhannya agar mencapai matlamat yang dituju; bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.

MEMAHAMI USRAH SEBAGAI SALAH SATU MEKANISME TARBIYAH ISLAMIYYAH

Usrah sebagai perisai pelindung bagi anak usrah daripada pengaruh luar yang jelek. Masing-masing terikat hubungan persaudaraan yang mendalam seperti keluarga. Usrah merupakan kumpulan individu yang mempunyai kepentingan yang sama untuk meningkatkan iman dan amal soleh.

MEMAHAMI KETIGA-TIGA RUKUN USRAH DAN MELAKSANAKANNYA DENGAN PENUH PENGHAYATAN

Ta’aruf (Saling berkenalan)
Tafahum (Saling memahami)
Takaful (Saling membantu)

MEMAHAMI TUJUAN DAN FUNGSI USRAH

Membentuk keperibadian muslim seutuhnya dalam memenuhi tuntutan agama dan kehidupan.
Mengukuhkan ikatan ukhuwwah antara sesama ahli baik secara islam, kemanusiaan dan kemasyarakatan.
Meningkatkan kesedaran akan derasnya nilai yang mendukung Islam atau yang menentangnya.
Melibatkan diri dalam pembangunan masyarakat dan negara sebagai seorang muslim yang bersih dengan potensi kebaikan dan kebenaran.
Mewujudkan hakikat kebanggaan Islam dan komitmen kepada nilai dan akhlak Islam.
Menyelesaikan pelbagai masalah individu, keluarga, pendidikan, kewangan dan pekerjaan serta sebagainya.

MEMAHAMI MEKANISME TARBIYYAH YANG MENJADI PELENGKAP KEPADA USRAH

Tamrin / Daurah
Rehlah / Mukhayyam
Qiamullail / Mabit
Riadah
Bedah Buku dll

MEMAHAMI, MENGHAYATI DAN MELAKSANAKAN ADAB USRAH

Adab terhadap usrah
Serius tanpa menghilangkan keakraban dan kehangatan ukhwwah.
Bertanggungjawab terhadap kesuksesan usrah.
Persiapan diri secara matang bahan yang dibicarakan dalam usrah.
Memposisikan usrah sebagai prioriti.
Arif dan aktif dalam bertukar pendapat dalam menyegarkan suasana usrah dengan info baru, bahan, penampilan, hadiah dan apa-apa yang difikirkan sesuai.
Melakukan muhasabah dan islah terhadap naqib dan ahli dengan hikmat.

Adab terhadap diri sendiri

Memiliki persiapan ruhi, aqli dan jasadi
Memperbaiki dan meluruskan niat
Bersahaja dalam berpakaian
Bersemangat dalam menuntut ilmu
Senantiasa menghiasi diri dengan akhlak mulia.

Adab terhadap naqib / murabbi

Tsiqah dan taat selama tidak maksiat kepada Allah.
Selalu konsultasi dan berkomunikasi dengan mereka.
Menghormati, menghargai dan tidak melupakan jasanya.
Sabar atas kekurangan mereka.
Sopan dalam pertuturan.

MEMAHAMI WAKTU DAN KEKERAPAN

Waktu naqib dan ahli usrah
Menepati waktu.
Akur kepada kekerapan ( sekali seminggu)
Lama pertemuan sederhana 1 jam – 1 jam 30 minit.

MEMAHAMI TEMPAT

Tempat yang kondusif
Menjaga dan memperhatikan kelayakan tempat.
Boleh dilaksanakan di bilik, kelas, masjid, padang, kantin, dan tempat yang difikirkan sesuai.

KONSEP PENGUASAAN NAQIB

Naqib/ah ialah ketua yang dilantik untuk menjadi “muwajjih” (perintis/pelopor @ pendorong/taujihat) kepada kumpulan usrah yang memandu ahli-ahli usrah dari segi fikrah Islam pada tahap-tahap tertentu.
Bertanggungjawab menanam kefahaman Islam yang jitu dan mencorakkan ahli-ahli usrah menghayati Islam serta membersih (tazkiah) ahli-ahli daripada penyakit hati seperti hasad dengki, sombong, angkuh, riya’, nifak, dan lain-lain sifat mazmumah.
Mempunyai ilmu pengetahuan yang boleh menyakinkan anak buah.
Mempunyai akhlak yang mulia yang boleh dijadikan contoh kepada anak buah.
Suka berkenalan.
Prihatin / cakna masalah anak buah.
Memahami tahap-tahap tarbiyyah : taarif, takwin dan tanfiz.
Patuh kepada kepimpinan, istiqamah, iltizam dengan syura.
Tegas, kuat cita-cita dan beramal.
BIJAKSANA -ilmu, al-quran, sirah, ibadat sunat (qiamullail*), doa, pembacaan, pengalaman, dll.
KREATIF – pelbagaikan teknik dan perjalanan usrah
ILMU PSIKOLOGI ; mengetahui cara mendekati jiwa manusia, mengetahui tabiat dan selok belok jiwa manusia dan mudah menyelaminya, mengetahui had kekuatan dan kemampuan jiwa, agar tidak membebankan dan melampaui batas, mengetahui segala keperluan dan keinginan jiwa manusia,agar dapat memenuhi keseluruhan keinginan mereka, mengetahui potensi sebenar jiwa manusia, agar potensi ini akan digembleng untuk bekerja dan membangun.

Almarhum Sayyid Qutub “Haza ad-Din” ; Manhaj ini hanya dapat dilaksanakan jika ianya dipikul oleh sekumpulan manusia yang benar-benar mengimani kebenaran manhaj ini. Mereka beristiqamah dengan manhaj ini menurut kemampuan mereka dan berusaha menerapkannya ke dalam hati dan kehidupan manusia. Mereka akan mengorbankan segala-galanya demi merealisasikan matlamat ini. Mereka melawan kelemahan dan keinginan hawa nafsu yang sebati dalam jiwa manusia. Mereka menentang sesiapa sahaja yang dikuasai oleh hawa nafsu yang menghalang usaha ini. Dengan kesediaan ini mereka akan melaksanakan manhaj ini semaksima mungkin menurut kemampuan fitrah manusia, menurut kemampuan diri dan realiti mereka.





INSTITUSI USRAH DAN NUQABA’

31 01 2010

Berikut adalah kertas kerja bertajuk “Institusi Nuqaba dan Usrah” yang dibentang di salah sebuah sekolah di Serambi Mekah.

Berikut adalah kertas kerja bertajuk “Institusi Nuqaba dan Usrah” yang dibentang di salah sebuah sekolah di Serambi Mekah.

INSTITUSI USRAH DAN NUQABA’

TARBIYAH ISLAMIYAH
Satu proses pendidikan dan pembentukan seseorang itu pada keseluruhannya agar mencapai matlamat yang dituju; bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu

USRAH
Usrah sebagai perisai pelindung bagi anak usrah daripada pengaruh luar yang jelek. Masing-masing terikat hubungan persaudaraan yang mendalam seperti keluarga. Usrah merupakan kumpulan individu yang mempunyai kepentingan yang sama untuk meningkatkan iman dan amal soleh.

NUQABA’
Naqib/ah ialah ketua yang dilantik untuk menjadi “muwajjih” (perintis/pelopor @ pendorong/taujihat) kepada kumpulan usrah yang memandu ahli-ahli usrah dari segi fikrah Islam / jamaah pada tahap-tahap tertentu.

USRAH / HALAQAH
Merupakan sarana utama tarbiyah iman, tsaqafi dan fikrah dalam kelompok yang dinamik dengan jumlah maksimum 12 orang

FUNGSI DAN OBJEKTIF
Membina dasar-dasar akidah, akhlak, ibadah dan tsaqafah.
Melatih dan membudayakan ukhuwwah dan amal jamaie
Melahirkan peribadi yang berpotensi untuk perjuangan Islam

PERTEMUAN USRAH
Dilaksanakan sekali seminggu / dua minggu.
Lama pertemuan antara lebih kurang 1 jam 30 minit – 2 jam.
Waktu pertemuan boleh diadakan siang atau malam.

KEGIATAN / AKTIVITI / PROGRAM USRAH
Berjalan berterusan sepanjang masa : bermula dalam pertemuan pertama dan seterusnya. Tidak terhenti dalam pertemuan usrah sahaja.

Kriteria Naqib
Mempunyai ilmu pengetahuan yang boleh menyakinkan anak buah.
Mempunyai akhlak yang mulia yang boleh dijadikan contoh kepada anak buah.
Suka berkenalan.
Prihatin / cakna masalah anak buah.
Mengetahui dengan tepat fikrah Islam yang dibawa dan perkembangan semasa.
Mempunyai sifat sabar, ‘ithar’, ‘tasamuh’, pemurah, menjaga waktu dan wara’(menjauhkan perkara yang meragukan).
Memahami tahap-tahap tarbiyyah : taarif, takwin dan tanfiz.
Patuh kepada kepimpinan, istiqamah, iltizam dengan syura.
Tegas, kuat cita-cita dan beramal.
BIJAKSANA -ilmu, al-quran, sirah, ibadat sunat (qiamullail*), doa, embacaan, pengalaman, dll, menyediakan akal yang bijak untuk memberi nasihat dan diterima oleh ahli.
KREATIF – Pelbagaikan teknik dan perjalanan usrah
MENJAGA MASA – Masa naqib dan masa ahli usrah.
BERJIWA BESAR – Mempunyai sekeping hati yang besar yang dapat menampung seluruh cita-cita dan derita anggota jama’ah
MEMAHAMI TEMPAT – Tempat yang kondusif, menjaga dan memperhatikan kelayakan tempat, blehh dilaksanakan di bilik, kelas, masjid, padang, kantin, dan tempat yang difikirkan sesuai.

MENGETAHUI, MEMAHAMI DAN MENGHAYATI RUKUN USRAH DENGAN SEBENARNYA
Ta’aruf (Saling berkenalan)
Tafahum (Saling memahami)
Takaful (Saling membantu)

Ilmu Psikologi
….mengetahui cara mendekati jiwa manusia.
….mengetahui tabiat dan selok belok jiwa manusia… mudah menyelaminya.
….mengetahui had kekuatan dan kemampuan jiwa, agar tidak membebankan dan melampaui batas.
….mengetahui segala keperluan dan keinginan jiwa manusia,agar dapat memenuhi keseluruhan keinginan mereka.
….mengetahui potensi sebenar jiwa manusia, agar potensi ini akan digembleng untuk bekerja dan membangun.

Anugerah Allah swt
Walaupun manhaj Ilahi ini hanya dapat dicapai melalui usaha manusia, dengan mengambil kira keupayaan diri dan realiti hidup manusia; namun bukan bermakna manusia bebas sebebasnya dan terpisah daripada kuasa dan perancangan Allah.
… manusia perlu mendapat sokongan, bantuan, tunjuk ajar Allah.
Hubung kait antara usaha manusia dengan bantuan dan sokongan yang dianugerahkan oleh Allah.
Hanya melalui usaha mujahadah inilah akan memperoleh limpahan kurnia, hidayah, kebaikan dan kejayaan.
Kehendak Allah menjadi penentu di penghujungnya.
…perlu kepada bantuan dan keredhaanNya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik
bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik
bagimu daripada unta merah (sebaik-baik kenderaan- pent).”

TEMPAT
Mana –mana tempat yang difikirkan sesuai dan kondusif.
Boleh dilaksanakan di rumah ahli, musalla/masjid, markaz, bilik darjah/sekolah, taman, padang bola dan sebagainya.

ADAB USRAH / HALAQAH
Hadir
Menjaga waktu/tepati masa
Bertanggung jawab terhadap keberjayaan usrah
Mempersiapkan diri secara ruhi, fikri, jasadi

TARBIYAH ISLAMIYAH
Satu proses pendidikan dan pembentukan seseorang itu pada keseluruhannya agar mencapai matlamat yang dituju; bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu

USRAH
Usrah sebagai perisai pelindung bagi anak usrah daripada pengaruh luar yang jelek. Masing-masing terikat hubungan persaudaraan yang mendalam seperti keluarga. Usrah merupakan kumpulan individu yang mempunyai kepentingan yang sama untuk meningkatkan iman dan amal soleh.

NUQABA’
Naqib/ah ialah ketua yang dilantik untuk menjadi “muwajjih” (perintis/pelopor @ pendorong/taujihat) kepada kumpulan usrah yang memandu ahli-ahli usrah dari segi fikrah Islam / jamaah pada tahap-tahap tertentu.

USRAH / HALAQAH
Merupakan sarana utama tarbiyah iman, tsaqafi dan fikrah dalam kelompok yang dinamik dengan jumlah maksimum 12 orang

FUNGSI DAN OBJEKTIF
Membina dasar-dasar akidah, akhlak, ibadah dan tsaqafah.
Melatih dan membudayakan ukhuwwah dan amal jamaie
Melahirkan peribadi yang berpotensi untuk perjuangan Islam

PERTEMUAN USRAH
Dilaksanakan sekali seminggu / dua minggu.
Lama pertemuan antara lebih kurang 1 jam 30 minit – 2 jam.
Waktu pertemuan boleh diadakan siang atau malam.

KEGIATAN / AKTIVITI / PROGRAM USRAH
Berjalan berterusan sepanjang masa : bermula dalam pertemuan pertama dan seterusnya. Tidak terhenti dalam pertemuan usrah sahaja.

Kriteria Naqib
Mempunyai ilmu pengetahuan yang boleh menyakinkan anak buah.
Mempunyai akhlak yang mulia yang boleh dijadikan contoh kepada anak buah.
Suka berkenalan.
Prihatin / cakna masalah anak buah.
Mengetahui dengan tepat fikrah Islam yang dibawa dan perkembangan semasa.
Mempunyai sifat sabar, ‘ithar’, ‘tasamuh’, pemurah, menjaga waktu dan wara’(menjauhkan perkara yang meragukan).
Memahami tahap-tahap tarbiyyah : taarif, takwin dan tanfiz.
Patuh kepada kepimpinan, istiqamah, iltizam dengan syura.
Tegas, kuat cita-cita dan beramal.
BIJAKSANA -ilmu, al-quran, sirah, ibadat sunat (qiamullail*), doa, embacaan, pengalaman, dll, menyediakan akal yang bijak untuk memberi nasihat dan diterima oleh ahli.
KREATIF – Pelbagaikan teknik dan perjalanan usrah
MENJAGA MASA – Masa naqib dan masa ahli usrah.
BERJIWA BESAR – Mempunyai sekeping hati yang besar yang dapat menampung seluruh cita-cita dan derita anggota jama’ah
MEMAHAMI TEMPAT – Tempat yang kondusif, menjaga dan memperhatikan kelayakan tempat, blehh dilaksanakan di bilik, kelas, masjid, padang, kantin, dan tempat yang difikirkan sesuai.

MENGETAHUI, MEMAHAMI DAN MENGHAYATI RUKUN USRAH DENGAN SEBENARNYA
Ta’aruf (Saling berkenalan)
Tafahum (Saling memahami)
Takaful (Saling membantu)

Ilmu Psikologi
….mengetahui cara mendekati jiwa manusia.
….mengetahui tabiat dan selok belok jiwa manusia… mudah menyelaminya.
….mengetahui had kekuatan dan kemampuan jiwa, agar tidak membebankan dan melampaui batas.
….mengetahui segala keperluan dan keinginan jiwa manusia,agar dapat memenuhi keseluruhan keinginan mereka.
….mengetahui potensi sebenar jiwa manusia, agar potensi ini akan digembleng untuk bekerja dan membangun.

Anugerah Allah swt
Walaupun manhaj Ilahi ini hanya dapat dicapai melalui usaha manusia, dengan mengambil kira keupayaan diri dan realiti hidup manusia; namun bukan bermakna manusia bebas sebebasnya dan terpisah daripada kuasa dan perancangan Allah.
… manusia perlu mendapat sokongan, bantuan, tunjuk ajar Allah.
Hubung kait antara usaha manusia dengan bantuan dan sokongan yang dianugerahkan oleh Allah.
Hanya melalui usaha mujahadah inilah akan memperoleh limpahan kurnia, hidayah, kebaikan dan kejayaan.
Kehendak Allah menjadi penentu di penghujungnya.
…perlu kepada bantuan dan keredhaanNya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik
bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik
bagimu daripada unta merah (sebaik-baik kenderaan- pent).”

TEMPAT
Mana –mana tempat yang difikirkan sesuai dan kondusif.
Boleh dilaksanakan di rumah ahli, musalla/masjid, markaz, bilik darjah/sekolah, taman, padang bola dan sebagainya.

ADAB USRAH / HALAQAH
Hadir
Menjaga waktu/tepati masa
Bertanggung jawab terhadap keberjayaan usrah
Mempersiapkan diri secara ruhi, fikri, jasadi





Pendekatan Naqib dan Usrah yang Berkesan

31 01 2010

PENDEKATAN USRAH DAN NAQIB :
DALAM MENGHADAPI MAD’U TERKINI
(Merawat fenomena kelesuan usrah dan ketandusan anak usrah)

Ruh Ibadah
Islam adalah agama “misi dan dakwah”.
Peranan sosial dan dakwah.
Mampu menyentuh seluruh lapisan masyarakat untuk mengubah dan mencelupnya dengan warna Islam; secara teori dan praktis.

Kapasiti Daie
Kemampuan ilmu, kecekapan dan keteladanan.
Mampu memahami rahsia jiwa seseorang, mampu menghiasi diri dengan watak sabar dan lapang dada.
Memiliki firasat yang tajam dan hujah yang kuat.
Memiliki kemampuan “indra ketuhanan”; menarik simpati hati, menyatukan jiwa dan berinteraksi dengan gerakan dakwah.

Perbaiki dirimu !
Wujudnya peribadi yang benar-benar mukmin akan membuka banyak peluang untuk berjaya.
Pengorbanan para daie ; harta, tenaga dan waktu.
Perhatian kepada ; memberi uswah hasanah, menampilkan gambaran nyata tentang islam, pemahaman yang universal dan toleransi dalam masalah khilaf dan furu’ dengan metod tadarruj.

Tugas Daie
Tugas pegawai elektrik; mengalirkan kekuatan dari sumbernya ke setiap hati agar sentiasa bersinar dan menerangi sekeliling.
Tatkala ingin memikat hati mad’u ; anda adalah daie ; bukan ulama’ atau fuqaha’ jauh sekali bukan qadi.
Tatkala berdakwah ; anda sedang memberi hadiah dan pertimbangan anda ; hadiah apa yang paling pantas diberi dan bagaimana cara memberi ?

Rintangan Dakwah
Permasalahan yang muncul dari dalam dirinya ; orang yang tidak memiliki sesuatu tidak mampu memberi sesuatu!
Seseorang yang tidak memiliki kunci, maka sulit untuknya masuk. Manusia yang hatinya terkunci; bagaikan pintu grill besar dan kuat yang hanya dapat dibuka dengan kunci yang kecil.

Persoalannya : Kembali kepada kemampuan daie !
Potensi daie secara ruhiah, kecekapan membuat program (tidak formal), serta kesabaran dan ketahanan dalam mewujudkannya.
Selayaknya seorang daie membuat program dan langkah-langkah dalam menyentuh hati dan mengambil simpati mad’u.

Daie perlu memberi perhatian kepada…….
Celah-celah kebaikan yang ada pada mad’u kemudian memupuknya…. sehingga celah-celah keburukan yang ada padanya tersingkir dan ia mampu bangkit berdiri melangkah ke jalan Islam.

Daie yang paling sukses: Pendidik
Menghayati hati dan pola pemikiran pelajar, lalu membimbing mereka sedikit demi sedikit, sehingga tujuan yang hendak dicapai terlaksana.

SIKAP DAIE DAN MAD’U
GURU/PENDIDIK – PELAJAR
“ Untuk mencapai kejayaan dalam usaha mentarbiah, mendidik dan mengajar mereka; tidak bermuamalah dengan mereka sebagai musuh dan hubungan pun bukan permusuhan. Jika terjadi permusuhan, kita tidak dapat menguasai mereka” Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

Daie yang paling sukses: Doktor
Menghapus penderitaan dengan kata-kata yang penuh keimanan dan memberi ubat yang sesuai.

SIKAP DAIE DAN MAD’U
DOKTOR – PESAKIT
“ Setiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila ubat mengenai pesakit (sekun-rasi), ia akan sembuh dengan izin Allah” Riwayat Muslim

QUDWAH HASANAH
“Untuk dapat mempengaruhi orang ramai, menarik mereka ke dalam jemaah dan menguasai mereka, daie mestilah menjadi contoh teladan kepada orang ramai. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan dari bahasa lidah” Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

Perilaku dan keteladanan daie yang ikhlas akan mempunyai pengaruh yang besar daripada tulisan dan ceramah. Ibarat “remote control” yang dapat memindahkan siaran TV tanpa kabel; daie yang ikhlas dan penuh kasih sayang ; tidak akan ada kesulitan memasukkan apa yang ada dalam hatinya dalam hati orang lain.

LEMAH LEMBUT DAN BELAS KASIHAN
“Penguasaan terhadap manusia memerlukan daie itu bersifat lemah-lembut dan belas kasihan. Kerana manusia itu benci kepada kekerasan dan mereka yang bersikap kasar”
Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

“Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekelilingmu, kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun buat mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu”
Al-Imran ; 159

“EYE CONTACT”
Jika tatapan mata yang dipenuhi oleh rasa iri hati dan dengki itu dapat memberi mudarat, mata tatapan mata yang dipenuhi rasa iman dan kasih sayang akan menimbulkan cinta dan keimanan.

PANDANGAN KASIH SAYANG
“Sesiapa yang memandang saudaranya dengan pandangan kasih sayang, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya” al-hadis
Pandangan sekilas yang penuh dengan keteduhan dan kasih sayang yang ditujukan pada hati dan mengajak berbicara dengan lembut. Ibarat kamera hanya dengan satu kilatan dapat menangkap gambar yang indah.
Mata adalah sarana terpenting bagi seorang daie dan merupakan wasilah yang kesannya sangat besar bagi mad’u. Kerana ketika seorang daie memandang saudaranya sesama muslim dengan penuh kasih sayang, seakan ia telah memberikan hartanya yang paling berharga.
Jika pandangan seorang yang penuh kedengkian akan menghancurkan, maka pandangan yang penuh cinta dan kasih sayang juga dapat berpengaruh dalam menghantar kepada kebenaran dan mempereratkan barisan dan memperkuatkan bangunan. Ini merupakan kekuatan terpendam yang dimiliki oleh manusia.
Apa yang anda sembunyikan dalam hati akan tersingkap dengan tatapan mata. Seorang muslim adalah cermin bagi saudaranya.
Kaedah kita memberi nasihat ialah “Hendaklah nasihatmu terhadap saudaramu dengan kiasan/berlapik, bukan terang-terangan, dan untuk membimbing kepada kebenaran bukan untuk menyakiti”.
KISAH KAAB BIN MALEK RA
“Kaum muslimin memulaukan kami selama 50 hari hingga bumi ini terasa sempit dan rasanya tiada tempat untuk kembali kecuali Allah. Sayalah yang paling tegar antara tiga orang tersebut. Saya masih tetap ikut solat berjemaah di masjid dan masih tetap ke pasar walau tidak seorang pun mengajak saya berbicara. Saya datang kepada Rasulullah yang sedang duduk di masjid selesai solat. Saya mengucapkan salam. Lalu saya duduk di sebelahnya sambil sesekali melirik kepada baginda. Tatkala saya menatapnya, baginda memalingkan muka.”
Walaupun hukuman dan tindakan itu dari Allah. Tapi jika kita kehilangan pandangan yang penuh kasih sayang, maka kita kehilangan rahmat kehidupan.

“PANCAINDRA”
Pancaindra merupakan bahagian “vital” daripada tubuh manusia dan jasad merupakan tempat tinggal bagi indra tersebut. Dengan kehilangan indra, manusia “tidak hidup dan tidak mati”; tidak berupaya memberi pengaruh kepada orang lain kerana alat penerima dan pengirim tidak berfungsi. Tanpa menggunakan indra,daie hidup di dunia tidak nyata.

“HATI”
Daie ibarat “qalbu”(hati), maka sesiapa yang tidak memfungsikan hatinya, mereka tidak mendapat sambutan daripada masyarakat.
Hati yang beriman adalah sumber penggerak.
Bahasa “hati”- perasaan dan kasih sayang merupakan “bahasa” internasional yang dipergunakan oleh daie dalam menghadapi mad’u hatta kepada orang bisu sekalipun.
“Bahasa” ini ibarat mata wang yang boleh diguna pakai di setiap tempat dan keadaan.
Dengan bahasa inilah, generasi pertama umat ini menakluk dunia. Mereka adalah “lentera” kehidupan.
Daie yang tidak mengingat, merasakan dan terpengaruh oleh kebaikan dan keburukan, dia tidak mempunyai hati.

KARAKTER MANUSIA
1. Berperilaku dengan akhlak Islamiyyah. – urutan pertama.
2. Berperilaku dengan akhlak asasiyyah. – urutan kedua.
3. Berperilaku dengan akhlak jahiliah. – urutan terakhir dalam dakwah fardhiah.
# Bukan bererti seorang daie harus tetap berpegang dan terikat dengan urutan ini.

DAKWAH FARDIYYAH
Menemui beberapa pemuda yang terbayang ketaatan di wajahnya; daie perlu cermat kerana biasanya pemuda begini mempunyai seseorang yang dihormati dan disegani;mendekati salah seorang daripadanya; bergaul, sabar, lemah lembut dan penuh kasih sayang tanpa menyinggung permasalahan yang menyebabkan hubungan terganggu. Jangan tumpu kepada seorang kerana dia merasa diajak secara berlebihan dan menimbul prasangka buruk dan boleh lari daripada ajakan kita.

MENGHAFAL NAMA
Sangat penting kerana akan terjadi interaksi dan lahir sifat percaya sesama individu.
Langkah awal dan “benang” pertama yang mengikat antara hati individu yang berserakan.
Setiap orang tentu berasa senang jika dipanggil dengan namanya, apalagi dengan nama yang paling disukai.

“Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke rumah temannya, lalu dihidangkan kepadanya makanan, dia tidak mahu memakannya; dan seorang lelaki yang bersama-sama dengan lelaki dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya” HR Ad-Dailami

MEMULAKAN PERKENALAN
Pelbagai teknik :
Dialog….
Membawa al-quran dan bahan bacaan.
Makanan ringan.
Cara-cara Islami
…… dan lain-lain seni memulakan perkenalan

DAKWAH FARDHIYYAH ;iktibar daripada Peristiwa Taif
1. Adas menjemput makan. Memulakan makan dengan membaca : satu proklamasi aqidah Islamiyyah dan karakter muslim.
2. Adas “ Ucapan ini bukanlah ucapan penduduk negeri ini”. Nabi saw “Wahai Adas, engkau berasal dari mana dan apa agamamu?” – menyebut nama : erti yang amat besar dan mengakrabkan, tanya negeri dan agama – rangkaian pembicaraan yang berurutan rapi.
3. Adas “Saya beragama Nasrani dari negeri Ninawai.” Nabi saw. “Apakah dari negeri Yunus bin Matta, hamba Allah yang saleh itu?”. – hati Adas tersentuh kerana mendengar hamba Allah yang saleh itu.
4. Adas “Apa yang anda ketahui tentang Yunus bin Matta?.” Nabi saw “Dia adalah saudaraku. Dia seorang nabi dan aku juga seorang nabi”.
Kalimah “saudaraku” – membuatkan Adas semakin tertarik dan percaya. Menambah keakraban dan rasa percaya. Menyebut nama Yunus as lebih dahulu sebelum menyembut nama baginda ialah tanda sifat tawadhu’ (merendah diri) yang amat diperlukan oleh dakwah dalam menyentuh hati mad’u.

TAWADDHU’ DAN RENDAH DIRI
“Antara sifat yang terpenting dan paling menonjol yang dapat membuatkan seorang pendakwah itu dikasihi di kalangan masyarakat dan persekitarannya, menjadikannya berpengaruh dan dapat memimpin mereka ialah sifat tawaddhu’ dan rendah diri”
Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

“Sifat takabbur membentuk tabir dan penghalang antara pendakwah dengan orang ramai, malah menjadikan pendakwah asing daripada masyarakatnya, tidak mesra dengan orang sekeliling. Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

Apakah ini sifat sombong? Rasulullah saw menjawab, “Tidak, sesungguhnya yang dimaksudkan dengan sifat sombong adalah menolak kebenaran atau meremehkan orang lain.” (HR Abu Daud)
MANIS MUKA DAN MANIS TUTUR KATA
Antara sifat yang boleh membukakan hati orang ramai kepada pendakwah dan menjadikannya dapat diterima dan dimesrai ialah sifat manis muka dan manis tutur kata”
Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

BARAKAH SENYUMAN
Seorang teman berkata dia tidak berkemampuan untuk berdakwah, kerana dia bukan faqeh dan tahu metod dakwah. Adapun banyak hadis dibaca berkaitan dakwah telah dibacanya merupakan sebuah barakah. Dia tidak tahu bahawa barakah harus berbuah, dan buah daripada barakah adalah produktiviti dakwah.
“Senyum pada wajah saudaramu adalah sedekah”
Senyum melahirkan masyarakat muslim berwajah cerah dan mencintai. Inilah barakah daripada sebuah senyuman yang tulus.
Allah swt pernah menegur Rasulullah sa tatkala baginda bermuka masam saat ditemui oleh Ibnu Maktum ra. Allah berfirman “ Dia (Muhammad) bermasam muka dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya(dari dosa)” ‘Abasa:1-3
Setiap yang datang daripada Rasulullah adalah metode dakwah dan manhaj tarbiyyah.
Wajah merupakan gambaran hakiki seorang manusia.
Gambaran isi hati yang menggerakkan perasaan dan terpancar pada wajah seperti kilatan cahaya “flash”, seakan terpanggil berbicara, sehingga hati yang mendengar akan terpikat.
Senyuman yang dibuat-buat adalah kreativiti seni, tidak ubah seperti bunga plastik.
Sedangkan senyuman yang ikhlas adalah fitrah; ibarat bunga yang kekal di tangkainya. Indah dipandang mata, dan harum baunya, menjadikan jiwa terlena dan bersimpati.
“Kamu tidak akan dapat membahagiakan orang lain dengan hartamu, tetapi yang dapat membahagiakan mereka adalah wajah yang ceria dan akhlak yang mulia” hadis Nabi saw.
Dengan kekuatan iman, kehalusan perasaan dan kekuatan ruhiah; Islam mengubah banyak manusia dengan sebuah perubahan yang tidak dapat dilakukan oleh kekuatan material.
Seorang daie hendaklah merasakan nikmat iman yang tulus ikhlas, sehingga dapat menembus hati yang sekeras apa pun, dan dapat menumbuhkan pepohon meski di tengah padang pasir yang gersang. Ia dapat mencetak khairu ummah; hasil daripada senyuman yang tulus, pandangan yang teduh, pergaulan yang simpatik, dan ucapan yang berkesan.

PEMURAH DAN MENAFKAHKAN HARTA KEPADA ORANG RAMAI
“hadiah yang diberikan oleh seseorang kepada saudaranya merupakan utusan kebajikan dan tanda kasih, sbg wasilah untuk lebih rapat dan punca kemesraan, ia dapat mendekatkan yang jauh, menghubungkan yang terputus dan membuka jalan dakwah untuk terus masuk ke dalam jiwa”Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

“antara syarat paling menonjol yang mesti ada bagi kejayaan dakwah yang membolehkannya menarik dan menguasai orang ramai ialah sifat pemurah dan keriangannya membelanjakan harta untuk orang ramai” Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

AKTIVITI WAJIB DAIE : PROGRAM ANJURAN NABI SAW
ENAM HAK MUSLIM
Hak orang Islam terhadap orang Islam lainnya ada enam:
Apabila engkau berjumpa dengannya, berilah salam kepadanya.
Apabila ia mengundangmu, penuhilah undangan itu.
Apabila ia meminta nasihat padamu, nasihatlah dia.
Apabila ia bersin lalu memuji Allah (membaca Alhamdulillah, maka doakanlah ia olehmu (yarhamukillah = semoga Allah memberi rahmat kepadamu)
Apabila ia sakit, ziarahilah dia, dan
Apabila ia meninggal dunia, maka iringkanlah dia.

JIKA BERTEMU BERILAH SALAM
Mengucap salam langkah pertama.
Lebih mantap jika diikuti dengan berjabat tangan.
Ucapan salam mesti disertai dengan perasaan cinta, senang, wajah yang berseri agar fungsinya akan tewujud.
Saling memperkenalkan diri, nama, pekerjaan, tempat tinggal.
Tapak dalam tahap awal berdakwah.

JIKA TIDAK KELIHATAN , MAKA CARILAH DIA
Watak sebuah perkenalan adalah jika seseorang yang anda kenal itu tidak anda lihat dalam waktu tertentu, maka anda harus bertanya khabar tentang keadaannya, atau menghubunginya, baik lewat telefon/sistem pesanan ringkas (sms) ataupun surat.

JIKA SAKIT JENGUKLAH DIA
Sunnatullah akan berlaku pada setiap orang; gembira, sakit, sedih dan setiap keadaan dan situasi perlu disikapi dengan sikap Islami. Jika anda mendengar bahawa teman anda sakit, anda harus segera menjenguknya, memberi ketenangan dan mendoakan kesembuhannya. Dan sangat baik untuk membawa hadiah yang sesuai.

JIKA DIA MENGUNDANGMU MAKA PENUHILAH
Selepas melewati tahap di atas, hubungan semakin erat. Sahabat anda akan menghadapi keadaan penting seperti naik pangkat, pernikahan, mendapat cahaya mata, lalu dia mengundangmu. Anda harus memenuhi undangannya kerana ia merupakan kesempatan berharga yang tersedia tanpa anda harus rencanakan sebelumnya, serta sebaliknya.

JIKA DIA BERSIN DAN UCAP ALHAMDULILLAH , JAWABLAH YARHAMUKALLAH
Duduk bersebelahan dengan orang belum dikenal di suatu tempat, baik perjalanan, pesta, mahupun tatkala menjenguk orang sakit, lalu orang yang duduk bersin maka hendaklah anda menoleh kepadanya dengan wajah berseri dan berdoa. Tentu hal ini akan menjadikan dirinya istimewa dan sesuatu yang baru dan setelah itu anda dapat bercakap-cakap dengannya.

JIKA DIA MENINGGAL DUNIA MAKA HANTARKAN KE TEMPAT PEMAKAMANNYA
Apa yang dapat ia lakukan setelah meninggalkan dunia dan dikubur?
Pada hakikatnya, menghantar orang lain ke tempat pemakaman adalah menghantar dirinya sendiri, yang ia akan dapat mengambil nasihat, pelajaran dan merenungnya.
Ini sebuah Rasulullah saw, yang menggambarkan persatuan dan kesatuan kaum muslimin.
Jika sebelumnya anda dapat mengenal peribadi yang meninggal dunia, maka sekarang anda menggunakan kesempatan untuk berkenalan dengan keluarganya dan orang-orang yang bertakziah ke rumahnya. Membuka peluang berkenalan dengan ramai orang hasil satu kematian.

Melakukan Segala Kebaikan
“Berbuat baiklah kerana Allah, nescaya kebaikan itu kembali kepadamu di dunia mahupun akhirat”
“Jika kamu letih kerana melakukan kebaikan, keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal”
Bertasbih, bertakbir, dan bertahlil.
Kekuatan yang dapat membantu daie bersabar dan istiqamah.
Ia merupakan motor yang tiada hentinya bergerak membersihkan jiwa dan hati daripada pelbagai kekotoran.
Menyingkirkan duri di jalan.
Menolong orang yang buta dan tuli.
Menunjukkan orang yang kebingungan.
Menolong orang yang lemah.

PENAMPILAN SEORANG DAIE
Cara bertutur dan personaliti; pendakwah ialah pegawai pemasaran hasil produksi yang semestinya penampilan menarik dan kualiti produk(produk kita terbaik : Islam daripada Allah)
Dakwah adalah menawarkan sebuah risalah dan pola berfikir yang tercermin dalam akhlak, keperibadian dan penampilan.
Imam Hasan al Banna pernah ditanya: kenapa anda tidak menyusun buku?. Jawabnya: “Tugas saya bukanlah menyusun buku, kerana buku biasanya akan diletakkan di perpustakaan dan sedikit sekali yang mahu membacanya. Lain halnya mencetak peribadi muslim, dia adalah ‘buku yang sentiasa terbuka’ ke mana pun dia berjalan,itu adalah dakwah”.
Daie merupakan utusan kepada jemaah, hendaklah dia senantiasa berpenampilan baik dan mulia.
“Keberhasilan sebuah misi akan bergantung pada si pembawa misi tersebut”
Kisah Mus’ab bin Umair ….. Dalam kisah beliau dengan Usaid bin Huhair
“Demi Allah, kami sudah melihat pancaran cahaya Islam, sebelum dia berkata dengan wajah yang ceria”

MELAFAZKAN CINTA KASIH
Dari Anas ra. Bahawa ada seorang lelaki berada dekat Rasulullah saw lalu ada lelaki lain berkata “Ya Rasul, sungguh saya mencintai orang itu”. Rasulullah bertanya “Adakah kamu sudah memberitahunya”. Jawabnya “Belum”. Nabi bersabda “Beritahukan kepadanya.” Lelaki itu mendekatinya dan berkata “Sungguh aku mencintaimu kerana Allah swt”. Lelaki itu menjawab “ Mudah-mudahan Allah yang kerana-Nya engkau mencintai aku mencintaimu.

Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia mencintai Usamah bin Zaid (HR Bukhari)
Taujihat Nabawiyah: Islam tidak menutup pintu kasih sayang dan cinta, tetapi membersihkannya daripada tradisi jahiliah menjadi taman yang indah “cinta kerana Allah”. Kata-kata ini menghiasi hari-hari kami dalam lisan dan tulisan.

DOA DAN SABAR
Rasulullah pernah berdoa “Ya Allah, muliakanlah Islam dengan satu antara dua orang yang Engkau sukai: Umar bin Khattab atau Amru bin Hisyam”.
Tidak mudah bagi seseorang melangkah kepada orang lain tanpa adanya suatu alasan. Oleh sebab itu, harus direncanakan dengan matang dan melalui perantara yang lebih dekat dari segi tsaqafah dan umurnya.
Dakwah adalah seni, bersabar dalam berdakwah adalah jihad
“Hidayah dan petunjuk Allah tidak akan meresap ke dalam jiwa manusia sekaligus, malah ia memerlukan masa, pengawasan dan tenaga yang dikorbankan sehingga usaha-usaha itu mendatangkan hasil dengan izin Allah………..memerlukan kesabaran”Ustaz Fathi Yakan, Konsep penguasaan

NERACA USRAH YANG BERJAYA.
Sejauhmana dapat meningkat kefahaman dan kesedaran Islam.
Sejauhmana dapat meningkatkan kerjasama-ta’awun تعاونdalam menghayati Islam.
Sejauhmana dapat menumbuhkan “masuliyyah fardiyyah” – مسؤولية فردية

Yang salah itu bahasa
Yang benar itu erti
Yang susah itu kerja
Yang senang itu bakti
“ Jadikan usrah sebagai medan untuk berbakti kepada agama tercinta”





Islam agama dakwah

13 12 2009

ISLAM AGAMA DAKWAH

Sebagai ahli jemaah Islam yang berusaha menyeru umat manusia kepada Syari’at Allah dan Sunnah Rasul-Nya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. Kita semua sewajarnya memahami pengertian dakwah. Kekeliruan kita mengenai maksud dakwah menyebabkan kita gagal menterjemahkan program dan aktiviti dakwah dalam kehidupan kita. Lebih parah lagi, kita menyempitkan dakwah dalam skop yang terbatas ataupun kita menjadi beban kepada jemaah yang kita dokongi. Hal ini diungkapkan oleh Fathi Yakan (1982) dalam bukunya ”Konsep Penguasaan dalam Kehidupan Dakwah dan Pendakwah” iaitu ”apabila dakwah Islamiah dibalakan dengan peribadi-peribadi seperti ini ia akan terdedah kepada kehancuran. Segolongan anggota dakwah membina manakala segolongan yang lain pula meruntuh. Sekumpulan menghimpunkan orang ramai, sekumpulan yang lain pula memecah-belahkan. Segolongan mengeratkan kasih sayang, yang lain pula menyatakan sifat benci-membenci”

Menurut Dr Yusuf al-Qardhawi (1985) yang dimaksudkan dengan dakwah ke jalan Allah swt ialah mengajak dan menyeru manusia menganuti agama-Nya, menuruti petunjuk dan peraturan-Nya, meminta tolong dan taat hanya kepada-Nya,  seraya menganggap hak apa-apa yang dinyatakan-Nya hak, menganggap batil apa-apa yang dikatakan-Nya batil, melakukan amar makruf nahi mungkar dan berjihad demi Dia di dalam agama-Nya. Dengan perkataan lain, yang dimaksudkan dengan dakwah ialah mengajak manusia menjadi muslim dengan berpegang teguh kepada agama Islam yang hakiki dan utuh.

Justeru dakwah kita hari ini menuntut agar kita memahami pelbagai dimensi dakwah, sesuai dengan gerakan kita dalam realiti dan acuan Malaysia. Antara dimensi dakwah yang perlu kita cerakin dan terokai ialah antaranya :-

  1. Dakwah hidayah iaitu mengajak dan menyeru rakyat Malaysia pelbagai kaum yang belum menganut Islam agar menerima dan memeluk Islam sebagai agama yang benar dan diredai Allah swt.
  2. Dakwah islah iaitu mengajak dan menyeru saudara seagama kita yang masih belum memahami dan beramal dengan ajaran Islam yang sebenar agar memahami dan beramal dengan Islam. Hal ini timbul mungkin kerana kejahilan dan ketidakfahaman mereka kepada ajaran Islam, latar belakang dan persekitaran yang jauh daripada Islam serta faktor-faktor lain.
  3. Dakwah tarbiyah iaitu mengajak dan menyeru saudara seagama kita yang memahami dan beramal dengan Islam agar menjadi ahli, penyokong bahkan pendokong kepada perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS.

Ketiga-tiga dimensi dakwah ini perlu berjalan serentak dan seiring dengan pelbagai mekanisme dakwah. Perjuangan Islam tidak boleh mengabaikan dimensi-dimensi dakwah kerana ketiga-tiga dimensi ini saling melengkapi antara satu sama lain. Kita harus menyedari bahawa ada darjah kepentingan dan tingkat keutamaan antara dimensi dakwah tersebut tetapi pengabaian salah satu daripadanya akan membantut usaha dakwah yang dipelopori oleh jemaah yang kita dokongi iaitu bertujuan memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Sebagai ahli kepada jemaah Islam, dakwah jangan hanya disempitkan pengertiannya,iaitu hanya sekadar ceramah. Pada hal dakwah adalah satu gagasan idea dan gerakan mengajak dan menyeru manusia ke jalan Allah yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Dalam konteks hari ini, ceramah belum mampu dan cukup untuk menyelesaikan tanggungjawab dakwah kita kepada masyarakat.





Pengurusan yang Cekap

13 12 2009

Berikut adalah nota ceramah berkenaan tajuk ketika diminta untuk memberi pengisian dalam progam SRIP.

PENGURUSAN YANG CEKAP

Urus : dikelolakan(diselenggarakan) dgn baik dan teratur.

Pengurusan : Perihal(kerja dsb) mengurus sesuatu.

Cekap :1. boleh, dapat, mampu, sanggup

2. dapat(berkebolehan) melaksanakan sesuatu(kerja dll)

dgn sempurna, pandai, mahir.

3. elok, cantik, rupawan.

4. lekas, pantas, tangkas.

Kualiti unggul seorang pengurus;

  1. Pengetahuan dan kefahaman yang mendalam mengenai peranan dan tanggungjawab yang dipikul.
  2. Kemahiran tertentu bagi melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.
  3. Nilai, sikap, dan keperibadian murni yang wajib dihayati dan diamalkan.

Pengurusan profesionalisme ; sikap(individu) atau budaya kerja(kumpulan) yang mempunyai visi yang unggul dgn sifat-sifat positif, mempunyai kaedah melaksanakan tugas secara relatifnya dikira terbaik dan sistematik, menunjukkan tahap pencapaian yang cemerlang dan kemahiran kerja yang tinggi, kesetiaan penuh dan komitmen mendalam terhadap matlamat dan tujuan organisasi, sama ada sebagai pengurus, pentadbir atau pekerja.

  1. dedikasi.
  2. tekun.
  3. cekap.
  4. bercita-cita tinggi.
  5. luas daya dan ufuk pemikiran.
  6. kemaskini dalam kaedah kerja.
  7. sistematik.
  8. penuh disiplin.
  9. peka terhadap perubahan(kreatif & inovatif).

Konsep pengurusan Islam : amanah, mas’uliyyah, itqan.

Prinsip /Ciri Pengurusan Islam :

  1. ikhlas(kebersihan rohani tertinggi yg jauh dari kecenderungan syirik dan riak)
  2. takwa ( disiplin diri tertinggi)
  3. adil (keberanian untuk menilai diri sendiri dan orang lain secara tegas berasakan ilmu dan kebijaksanaan)
  4. ihsan (kesempurnaan amal dari segi cara dan alat)
  5. sabar (keutamaan menerima cabaran dan dugaan dengan ketahanan mental yang tinggi)
  6. syukur ( kesediaan dan rendah diri untuk mengaku sebarang nikmat Allah dan berteima kasih kepadaNya)
  7. taat ( keinginan tertinggi dan kerinduan yang mendalam untuk melaksanakan perintah Allah)
  8. pemurah. (kepekaan tetinggi kepada kekurangan orang lain)
  9. pemaaf (keinsafan tertinggi terhadap kelemahan manusia dan kekurangan diri sendiri)
  10. redha (penyerahan yang sempurna dan tawakkal kepada ketentuan Allah)

Bagaimana Rasulullah saw mengurus perubahan ?

  1. Meninjau (Survey)
  2. Merujuk/Syura (Approach)
  3. Memastikan sebab-akibat (Diagnose)
  4. Merancang (Plan)
  5. Bertindak (Act)
  6. Menilai (Appraise)
  7. Menubuh(membentuk,mendiri,memulakan) (Institutionalize)

Prinsip kepimpinan dan pengurusan yang diamalkan oleh Rasulullah :

Syura, Kesamarataan dan kesaksamaan, Keadilan, Kebebasan mengeluarkan pendapat, Ketegasan, Kerendahan hati, Keberanian, Kewibawaaan,Pertanggungjawaban dan hikmah.

Rasulullah saw sebagai pengurus-pentadbir…

  1. Fungsi dan peranan sebagai pengurus dan pentadbir.
  2. Perancangan, pelaksanaan, penjawatan, pengarahan, pengawalan.
  3. Pembinaan sistem.
  4. Pencarian kecemerlangan.
  5. Keberkesanan dan kecekapan.

“Cukuplah seseorang itu merasa berdosa, jika dia mensia-siakan amanah yang diberikan kepadanya”

mafhum Hadis Rasulullah saw.