Kepimpinan Berkesan dan Berpengaruh

13 12 2009

Berikut adalah nota perbincangan bertajuk KEPEMIMPINAN YANG BERKESAN DAN BERPENGARUH yang dibentangkan kepada mahasiswa salah sebuah universiti di Malaysia

KEPEMIMPINAN YANG BERKESAN DAN BERPENGARUH
“Al-qiadah ul-qudwah”

Maksud pemimpin dan kepimpinan :
Orang yang memimpin
Buku pedoman, petunjuk

Keupayaan(kebolehan, pencapaian) sbg pemimpin,
Daya (tindak-tanduk, kecekapan ) seorang pemimpin.

Silap faham tentang kepimpinan :
Kepimpinan dianggap wibawa, kekuasaan, dominasi atau kekuatan. “Tenangkan dirimu! Kerana sesungguhnya aku bukan raja, Namun aku hanyalah anak seorang perempuan biasa memakan daging kering.” Hadis Nabi s.a.w.
Kepimpinan merupakan jawatan atau kedudukan; sehinggakan untuk memimpin seseorang itu menyiapkan keperibadian lain, jira yang berubah-ubah, dan sifat ini bukan sifat yang asli. Semasa perjanjian Hudaibiah. Abu Sufian berkata “Sungguh sekarang kekuasaan anak saudaramu sudah menjadi agung!”. Abbas menjawab “Sesungguhnya, (kekuasaannya) itu adalah kenabian (bukan kerajaan). Abu Sufian berkata “Jika demikian, betapa indahnya.”

Kepimpinan berkesan dan berpengaruh :
Fungsinya diterjemahkan oleh pemimpin dengan perilaku (interaksi aktif) dalam suasana penuh kewaspadaan dan ketenangan sehingga terlaksana program verja, dan nilai produktiviti meningkat serta akhirnya target dan sasaran dapat dicapai.

Fungsi kepemimpinan
Membantu mencapai target dan sasaran organisasi.
Boleh menggerakkan ahli menuju target dan sasara organisasi.
Mewujudkan interaksi dan keterikatan antara individu dalam organisasi.
Memelihara kekuatan dan kesetiaan organisasi.

Usaha meninbulkan kesan atau pengaruh
Apakah ianya bersandar kepada ciri-ciri jasmani seorang pemimpin, pengetahuan dan intelektualitinya?
Apakah bergantung pada suasana di mana pekerjaan itu dilakukan serta menuntut kemudahan tertentu?
Apakah bergantung kepada kualiti pengikut, keaktifan pemimpin, serta kesatuan, sasaran, dan keadaan organisasi?
Apakah bersandar kepada tugas seorang pemimpin,sehingga seorang yang melaksanakan tugas sebagai pemimpin bererti memiliki kemudahan untuk memberi kesan dan pengaruh?

Sifat-sifat pemimpin yang menimbulkan kesan atau pengaruh :
Dia merupakan anggota yang baik dalam organisasi.
Dia menyakini kemampuan dan kemahiran setiap anggota.
Mahir berkomunikasi ringan dengan para anggota organisasi.
Bekerja mencipta iklim kerja yang penuh toleransi.

Kualiti Kepimpinan

Check list Senarai : Tidak Layak ; Layak :-
1. Peratusan mengeluarkan perintah : Banyak :Tiada

2. Teknik mengeluarkan perintah : Dalam bentuk terang-terangan :Dalam bentuk usulan kerja, bukan perintah

3. Sasaran dan tujuan perintah Mewujudkan keinginan pemimpin;
-menentang keinginan bawahan
-menghentikan aktiviti tertentu
-mewujudkan keinginan pemimpin semata-mata

4. Terikat dengan sasaran dan target organisasi, sehingga pelbagai pendapat diajukan pada waktu yang tepat, juga sesuai dengan keperluan anggota.

5. Pengarahan Memberi kritikan dengan tidak objektif spt diarah lepada individu bukan lepada pekerjaan, tidak memperjelaskan sebab kegagalan atau kelalaian, tidak mengusulkan peningkatan kerja dan kualiti, pujian sering bersifat peribadi.

6. Memotivasi pengarahan peribadi spt diskusi kelompok, keputusan majoriti, diskusi bebas, penugasan panitia dengan tema bahasan tertentu, minoriti menerima majoriti.

7. Perilaku terhadap anggota Ada jurang pemisah dan sengaja dibuat antara pemimpin dan anggota, serta hubungan antara mereka hanya berkenaan perintah / rasmi Perilaku menyenangkan dan penuh kepercayaan iaitu perilaku yang tidak dirancang yang tumbuh normal, antara pemimpin dan pengikut. / tidak rasmi.

Aspek-aspek yang perlu dikembangkan ke arah melahirkan kepimpinan yang berkesan dan berpengaruh :
Hemat dan tepat dalam mewujudkan sasaran organisasi.
Kebolehan dan kemampuan bekerja dalam melangsungkan kesinambungan organisasi.
Pemahaman iaitu ketajaman melihat sasaran dan target organisasi dan memahami konsepnya
Penyusunan rencana mampu menenutukan tugasnya dan tugas orang lain, membuat strategi, mengurus maklumat dan pengarahan dan memiliki pengetahuan pelbagai tugas.

Kemampuan mempengaruhi dengan kelebihan peribadi.
Inisiatif iaitu paling prihatin kepada organisasi dalam memberi idea dan memerhati perjalanan organisasi.
Berjiwa pemimpin, mampu menentukan perilaku individu dan organisasi, memimpin pekerjaan, mengambil keputusan dan mengungkapkan pendapat.
Penghargaan ; menghargai jerih payah anggota dan sikap penerimaan atau penolakannya terhadap hasil kerja diungkap dengan santun.
Rasa percaya iaitu pekerjaannya tidak ditujukan untuk kepentingan peribadinya, dia menyebarkan kasih sayang dan cinta antara anggota, serta menyatukan antara individu dengan organisasi.
Aktif bermasyarakat dalam lingkungan organisasi.
Adaptasi iaitu ikut serta dalam pekerjaan organisasi, dan hadir untuk ikut bekerja dalam seluruh bidang walaupun kecil.
Keanggotaan.iaitu meningkatkan interaksi erat dengan anggota, bergaul dengan mereka, memberi layanan dan selalu menjaga keakraban secara non formal.
Kerjasama dengan saling memahami, keterbukaan akhlak dan sikap terus terang, dengan menghindari pendebatan-pendebatan dan kata-kata yang menyinggung, sangat memerhatikan suasana tenang dan saling menghormati.

Syarat pemimpin yang berkesan dan berpengaruh.
Berjiwa seorang murabbi (pendidik); memahami tujuan, sasaran dan tahap-tahap tarbiyah :
pembentukan dan pembinaan (emosional/afektif ; wijdany), (kinetik/psikomotor ; harakiy), (intelektual/kognitif ; fikriy),.
independent/bebas (mewujudkan jati diri yang hakiki melalui tarbiyah iaitu pemantauan dan perhatian penuh daripada seorang pemimpin yang berjiwa pendidik dapat menumbuhkankembangkan suatu keperibadian yang unik dalam bingkai aturan pendidikan dan penghormatan terhadap kebebasan individu.
Pengembangan tanggungjawab peribadi
Pengembangan sikap peribadi yang spontan
Pengenalan sisi-sisi keistimewaan untuk dimanfaatkan
Pengembangan sikap merasakan dan menghormati kebebasan serta sikap spontan yang lain.
Berterusan; sikap bertanggungjawab sebagai pewaris masa lalu dan penanggungjawaban masa depan; kewajiban untuk mewujudkan kemajuan yan gmelebihi generasi sebelumnya; wajib tahu di mana harus bermula; merupakan mata rantai antara masalaulu dan masa depan; sejarah dan budaya organisasi merupakan dua unsur dasar dalam mencapaitujuan dan sasaran organisasi; kesinambungan kerja; kesabaran dan siap siaga; menjadi tanggungjawab total individu pelaksana dan akhirnya terbina peribadi teladan yang layak memimpin, mampu memikul beban dan menunaikan tugas.

Berjiwa seorang muallim (pengajar) ; wasilah untuk meraih tujuan ini ialah cinta kepada pekerjaan, rasa bertanggungjawab dan semangat organisasi.
Berjiwa seorang perancang (munazhzhim) iaitu pengatur kepada ruang kerja staff, perincian tugas, pemebrian perintah, kesatuan pekerjaan, komunikasi, pembebanan tugas, pengangkatan anggota (apakah seorang ini produktif dalam pekerjaannya dan apakahhasil kerjanya memuaskan?)

Sifat pemimpin yang efektif.
Yakin dengan tugasnya (memiliki sasaran yang jelas dan mampu melaksanakannya, tenang dan mampu menahan diri dan rasa tanggungjawab terhadap kepemimpinan).
Mengenali anggotanya
Cepat dan mahir serta kreatif.
Memberi keteladanan dan contoh. (sesiapa yang menginginkan jerih payah dan kerja yang serius daripada pengikutnya, maka ia harus menjadi contoh pertama dalam bekerja) ; rendah hati bukan sahaja kepada anggota tetapi kepada tugas dan kewajipan; pujian dan kritikan harus sama di telinga pemimpin; lemah lembut.
Bersikap tegas dan adil.

Jadilah pemimpin yang bijaksana.
Jalan-jalan menuju kebijaksanaan ialah
…………baca, fahami dan hayati al-quran ”al-quran hikmah”
……….baca, fahami dan hayati hadis/sunnah “as-sunnah hikmah”
……….mengkaji dan memahami sirah “as-sirah hikmah”
……….meningkatkan kualiti ibadah fardhu
……….meningkatkan ibadah sunat khususnya qiamullail
……….membaca dan meneliti sejarah kehidupan sahabat nabi.
………membaca dan meneliti sejarah kehidupan pemimpin baik; baik muslim atau tidak.
………budaya iqra’ dll.

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: