STRATEGI DAKWAH DI SEKOLAH

31 01 2010
//

Berikut adalah kertas kerja / nota ceramah bertajuk “Strategi Dakwah Di Sekolah” yang dibentang di beberapa buah sekolah di negeri Serambi Mekah.

STRATEGI DAKWAH DI SEKOLAH

Pengenalan Dakwah
Bahasa: dari perkataan Arab meminta tolong, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru, melaung.

Istilah: Usaha yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan dengan pendekatan tertentu untuk membawa manusia kepada keredhaan Allah – (al-Nahl ayat 125)
Menyeru manusia ke jalan Allah (agama Islam).
Amar makruf nahi mungkar.
Inzar (memberi peringatan).
Berpesan-pesan kepada perkara kebenaran.

Pendakwah pertama ialah rasul kita; nabi Muhammad s.aw.
Dakwah ialah tugas para rasul.
Umat Islam berkongsi dan penerus risalah dakwah Rasulullah.

Dakwah tanggungjawab siapa ?
Setiap muslim lelaki dan perempuan yang baligh dan berakal.
“ tanda keimanan seseorang ialah mengajak manusia kepada Allah dan membelakangkan tugas dakwah menjadi tanda kelemahan dan kecacatan iman”

Hukumnya wajib ;
pelaksanaan dakwah
atas dasar tanggungjawab individu muslim
atas dasar sebagai sebahagian daripada jemaah
“ penggabungan dalam satu jemaah adalah satu tuntutan dan perlu kerana matlamat dakwah yang besar tidak mampu melalui usaha individu @ usaha yang tidak tersusun oleh usaha individu”

Dakwah mengikut kemampuan
Dakwah pada setiap masa dan tempat.

Persediaan Pendakwah

Berilmu
bertindak berdasarkan ilmu dan tahu tujuan dakwah
mengetahui sejauhmana setiap perkataan dan perbuatannya bertepatan dengan syarak.
Pendakwah perlu senantiasa menambah pengetahuan/ilmu.
Kefahaman
memahami matlamat hidup dan kedudukannya.
Menjauhkan diri daripada kebergantungan kepada kehidupan dunia dan mengharapkan akhirat.
Kemantapan iman
Bertawakkal kepada Allah

Akhlak Pendakwah
Akhlak Islam
Jujur “ melakukan sesuatu perkara dengan sempurna sepenuh tenaga sebaiknya samada dalam niat, percakapan dan perbuatan”
Sabar “bahasa – tahan; dari segi syarak terbahagi kepada tiga iaitu sabar atas taat, sabar daripada maksiat dan sabar dengan musibah/bala”
Pengasih
Merendah diri “Fudhail Iyad – merendah diri bermaksud tunduk dan akur kepada kebenaran. Walaupun engkau mendengar kebenaran daripada manusia yang paling jahil engkau akan menerimanya.”
Bergaul dan beruzlah
“ pendakwah perlu dan wajib bergaul; had yang diwajibkan”
“ “Ibnu Taimiyyah; seorang hamba perlu suatu masa untuk bersendirian untuk berdoa dan berzikir, bersembahyang, bertafakur,menilai diri dan membaik pulih hatinya”; cara?

Uslub/Strategi Dakwah Di Sekolah
(Dakwah di sekolah merujuk kepada tarbiyyah)
Baginda memulakan dakwah dengan pembinaan iman dan taqwa – aqidah,
Dakwah yang berteraskan kepada tarbiyyah telah berjaya melahirkan as-sofwatul mukhtarah
Sendi kejayaan dakwah baginda disebabkan penyusunan dan perancangan yang rapi bersama para sahabat – dakwah berasaskan ‘bil hikmah wal mau’izah hasanah ’

Melahirkan daie yang terbilang/sofwatul al-mukhtarah
ilmu, iman, fikrah dan akhlak
kepimpinan dan akademik
ketrampilan dan kewibawaan
mengikut tarbiyyah
Menjalankan usaha dakwah fardiyyah
kebajikan dan keprihatinan
target group/individu
ukhuwwah dan ziarah
program non-formal berjalan
Membina hubungan inter-personel dengan guru/individu tertentu
Menguasai platform-platform startegik/persatuan terpilih
Badan Dakwah dan Tarbiyyah; program tarbiyyah
Pemimpin Pelajar/Pengawas; kepimpinan dan perhimpunan
Kepimpinan Asrama; kepimpinan dan program
menyusun dan menjalankan program tarbiyyah (munazzamah); usrah, tamrin, rehlah dan mukhayyam, riadah, kuliah ilmu. (srtategi dan pendekatan?), tafsir
menyusun program umum ; perhimpunan, tazkirah dll.
Penutup
Jika bukan kita siapa lagi yang akan menggerakkan tarbiyyah di sekolah?
Jika tidak sekarang bila lagi tarbiyyah dan dakwah di sekolah akan berjalan? Allah tidak akan mempersoalkan kejayaan atau kegagalan kita tetapi akan mempersoalkan usaha dan peranan yang kita lakukan untuk memenuhi tanggungjawab kita sebagai daei.

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: